Wednesday 17 June 2015

RAMADHAN YANG DIRINDUI TELAH MENJELMA KEMBALI...

1. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Allah pertemukan kembali saya kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah, penuh kemuliaan, ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga.

2. Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke-5 saya berpuasa di bumi Sarawak. Tak ada bezanya pun puasa di mana-mana. Dah namapun puasakan, puasa lah kan. hehe... Cuma suasananya memang berbeza. Itu tak dapat dinafikan. Berbuka awal sikit la dari semenanjung. Alah, awal sikit jerrrr.

3. Dulu zaman bujang, puasa sorang2 je. Nasib ada anak murid yang baik-baik hati semua. Alhamdulillah, bila petang-petang je, mesti call cikgu ni suruh datang rumah dia ambik makanan berbuka. Mak diorang masakkan untuk bagi pada cikgu. Hampir setiap hari. Ni lah bestnya anak-anak murid sarawak n ibu bapa mereka. saya sangat baik dengan mereka. syukur, tak payah masak lagi. hehe

4. Sekarang Alhamdulillah, ada isteri menemani tika jauuuhhhh bersama keluarga di kampung. Dulu masa bujang, bila sahur je mak akan call setiap hari untuk kejut sahur. Sekarang tak apalah, wife ada buleh bangun sama-sama sahur.

5. Kalau buleh tahun ni, nak kurangkan sekurang kurangya pergi ke mana-mana bazar Ramadhan. saya rasa saya dah berjaya untuk 2 tahun kebelakangan ini. masa di Serian dulu, saya sanggup turun ke Kuching semata-mata nk ke bazar, sejam pejalanan.huhu.. tapi tahun lepas, bazar batu7 pun saya tak pergi walaupun sekolah saya di batu 7. Jimat la sikit. Kan kerajaan suruh kita jimaaaaat..kikiki

6. Saya amat merindui bunyi 'bedil' sebelum berbuka puasa. Hanya di Kuala Terengganu saja. hehe.. zaman kecik-kecik dlu la, kumpul ramai2 dgn sdara mara spupu spapat masa kecik, duk padang blakang rumah tunggu bunyi bedil berbuka. Lepas dengar je bunyi 'ddduuummmm', semua berlari balik ke rumah untuk berbuka.hehe..nostalgia sangat

7. Masa kecik jugak, rindunya ketika teraweh. Biasalah budak-budak, lepas teraweh ramai2 pakat nak makan kuih apa la yang ada masa moreh tu. Pastu, main pelita, lilin n yang paling diingati, tebuk tin milo yang besar tu, ikat dengan dawai, dan letak lilin di dalam tin tu. Kononnya buat lampu la untuk jalan2 malam. hehe...

8. Apapun, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Smoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan, memberikan kita kesabaran dalam menghadapi cabaran dan dugaan di bulan ini.

9. Selamat bersahur, berpuasa, berteraweh, berqiamullail, bertadarus, bersedekah dan lain-lain amalan sunat yang sepatutnya.

10. semoga kita dipertemukan dengan malam Al-Qadar dan semoga ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T. Aminnnn... terima kaseh sudi baca. hehe...Assalamualaikum...

Thursday 26 February 2015

HIJRAH YANG SANGAT BERHIKMAH....SMK SUNGAI TAPANG, TERIMA KASIH...

1. Assalamualaikum... rupanya masih lagi ada blog ini... dah lama sy tak update... rasanya nk aktifkan kembali menceritakan segala pengalaman pahit manis ketika berada di bumi kenyalang ini.

2. Pertamanya, sy ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana saya ditempatkan di sekolah baru, bos baru, suasana baru, gaya kerja baru dan sy amat bersyukur itu. terima kasih SMK Sg Tapang kerana sudi menerima saya dan memberikan layanan yang terbaik. saya amat gembira dan serokok bertugas di sekolah ini yang membolehkan saya memberikan fokus 100% terhadap peranan saya sebagai guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa. saya xdapat peluang ini ketika berada di sekolah lama. huhu... bukan sebab malas, tetapi mmg xde peluang. bakat saya seolah2 xboleh berkembang di sana. alhamdulillah di sini, saya boleh mengembangkan bakat saya.

3. Bersyukur juga kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah, isteri saya tercinta Nurul Idayu Sogi telahpun dapat tinggal sebumbung dengan saya bersama anak kesayangan kami Safiyya Nur Khadeeja di Sarawak ini. syukur ya Allah!! bertambah2 kebahagiaan antara kami bertiga.

4. terima kasih Bos saya, En Bekon Jenet kerana tidak memandang ke belakang dan tahu apa yang ada pada saya. TQ juga kepada ketua Unit B&K sy, Puan Law keran mempercayai kebolehan saya. terus terang sy cakap, SMK Sungai Tapang seolah2 menghidupkan kembali semangat saya sebagai seorang guru B&K.

5. sekian sahaja untuk kali ini. tidak sabar rasanya nk cerita pengalaman saya menjelajah bumi sarawak pada cuti perayaan tahun baru cina yang lalu.. sekian... salam sayang untuk anda semua.

Thursday 23 June 2011

PERJALANANKU...SARAWAK (Part:1)



Perjalanan saya ke srawak bermula pada pagi 23 Nov 2011, di KLIA dengan penerbangan MAS tepat jam 10.05 pagi... Itulah buat kali pertamanya aku terbang di udara dan merentasi Laut China Selatan yg terbentang luas kebiruan! Subhanallah, tidak pernah sebelum ini aku dapat melihat awan yang bergantungan, putih dan biru..aku rasa mcm nak keluarkan tangan dari tingkap flight dan ingin saje aku sentuh awan2 itu! Aku fikir, kalau aku tidak di postingkan ke srawak, xtau la bila aku akan merasa brada di udara..TQ kpd kerajaan MALAYSIA khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberikan aku peluang untuk posting di bumi kenyalang dan mensponsor tiket MAS percuma...

Setelah melalui perjalanan selama 1 jam 45 minit dengan kelajuan penerbangan purata 800km/j dengan ketinggian 30 ribu kaki dari aras laut, akhirnya aku nampak juga daratan bumi kenyalang dari udara.. Subhanallah sekali lagi aku dapat melihat sebahagian permukaan bumi negeri sarawak dari udara! Masa tu, perasaan risau dan takut makin terasa melihatkan betapa banyak dan besarnya sungai-sungai sarawak..seperti yg kita sdia maklum, sungai sarawak ni cukup2 sinonim dengan BUAYA!..Itu la perkara yang paling aku takut..kalau diposting dikawasan yg kena melalui jalan sungai...adussss...mtk2 dijauhkan..bukan aku saje yg takut, aku percaya semua orang smenanjung xmau posting di pedalaman dan bersungai...hehe..

Tepat jam 11.50 pagi, 23 Nov 2011, pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching..Syukur Alhamdulillah!! takut oo pertama kali naik kapal terbang..tp Alhamdulillah semuanya selamat n debaran dh makin kurang..cuma telinga aku jd mcm bengang je...huh, xsangka aku akhirnya dapat memijak tanah sarawak untuk pertama kalinya..sbelum ini, aku hanya angan2 je nk g sarawak..tp hari ini, dh jd kenyataan! Alhamdulillah..siapa sangka...rezeki Allah nk bg...

Huh setibanya di sini, perasaan makin bercampur baur..antara nerves dan suka...nerves sebab masing2 tidak tahu ke kawasan manakah akan di postingkang! macam2 andaian yg kami buat utk sedapkan hati masing2...erm...kemudian saya ke kaunter imegresen untuk pelepasa masuk ke srawak dan kemuian menuntut bagasi...selepas itu, setibanya aku di balai ketibaan, kami semua disambut oleh pegawai2 dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak...Semua perjalanan aku disini di sambut sehinggalah ke sekolah..Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Ok la, cukuplah cerita aku utk kali ni..nak sambung buat kerja dulu....nnti aku nk cerita utk part 2 plak...salam...

Tuesday 21 June 2011

ALHAMDULILLAH...RUANG BICARA AZRIL KINI BERMULA


Alhamdulillah syukur sebab saya dapat juga untuk create new blog hari ni...saya rindu nk menulis!! saya terlupa email n pasword blog saya yg lama...sedihnya...terpaksa lah saya buat yg baru ni....saya akan terus menulis berkenaan dgn kehidupan saya yg xterlalu peribadi...sy juga akan gunakan blog ini untuk memberi pandangan tentang isu semasa dan dunia politik tanah air...hehehe...itu minat saya...kpd smua, hope follow la my blog ni...hehehe..assalamualaikum....