Wednesday, 17 June 2015

RAMADHAN YANG DIRINDUI TELAH MENJELMA KEMBALI...

1. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, Allah pertemukan kembali saya kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah, penuh kemuliaan, ditutup semua pintu neraka dan dibuka semua pintu syurga.

2. Alhamdulillah, ini merupakan tahun ke-5 saya berpuasa di bumi Sarawak. Tak ada bezanya pun puasa di mana-mana. Dah namapun puasakan, puasa lah kan. hehe... Cuma suasananya memang berbeza. Itu tak dapat dinafikan. Berbuka awal sikit la dari semenanjung. Alah, awal sikit jerrrr.

3. Dulu zaman bujang, puasa sorang2 je. Nasib ada anak murid yang baik-baik hati semua. Alhamdulillah, bila petang-petang je, mesti call cikgu ni suruh datang rumah dia ambik makanan berbuka. Mak diorang masakkan untuk bagi pada cikgu. Hampir setiap hari. Ni lah bestnya anak-anak murid sarawak n ibu bapa mereka. saya sangat baik dengan mereka. syukur, tak payah masak lagi. hehe

4. Sekarang Alhamdulillah, ada isteri menemani tika jauuuhhhh bersama keluarga di kampung. Dulu masa bujang, bila sahur je mak akan call setiap hari untuk kejut sahur. Sekarang tak apalah, wife ada buleh bangun sama-sama sahur.

5. Kalau buleh tahun ni, nak kurangkan sekurang kurangya pergi ke mana-mana bazar Ramadhan. saya rasa saya dah berjaya untuk 2 tahun kebelakangan ini. masa di Serian dulu, saya sanggup turun ke Kuching semata-mata nk ke bazar, sejam pejalanan.huhu.. tapi tahun lepas, bazar batu7 pun saya tak pergi walaupun sekolah saya di batu 7. Jimat la sikit. Kan kerajaan suruh kita jimaaaaat..kikiki

6. Saya amat merindui bunyi 'bedil' sebelum berbuka puasa. Hanya di Kuala Terengganu saja. hehe.. zaman kecik-kecik dlu la, kumpul ramai2 dgn sdara mara spupu spapat masa kecik, duk padang blakang rumah tunggu bunyi bedil berbuka. Lepas dengar je bunyi 'ddduuummmm', semua berlari balik ke rumah untuk berbuka.hehe..nostalgia sangat

7. Masa kecik jugak, rindunya ketika teraweh. Biasalah budak-budak, lepas teraweh ramai2 pakat nak makan kuih apa la yang ada masa moreh tu. Pastu, main pelita, lilin n yang paling diingati, tebuk tin milo yang besar tu, ikat dengan dawai, dan letak lilin di dalam tin tu. Kononnya buat lampu la untuk jalan2 malam. hehe...

8. Apapun, semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Smoga Allah kurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan, memberikan kita kesabaran dalam menghadapi cabaran dan dugaan di bulan ini.

9. Selamat bersahur, berpuasa, berteraweh, berqiamullail, bertadarus, bersedekah dan lain-lain amalan sunat yang sepatutnya.

10. semoga kita dipertemukan dengan malam Al-Qadar dan semoga ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T. Aminnnn... terima kaseh sudi baca. hehe...Assalamualaikum...